Monday, 20 June 2011

Hanya Rahmat Allah

Hidup kita ini cuma berharap mendapat rahmat Allah. Dengan segala nikmatNya yang tidak terhitung...dengan amal ibadat yang banyak sekali pun belum cukup sebagai tanda berterima kasih kita pada Allah, belum tentu akhirnya ke syurga...Syurga itu hak Allah, Dia sahaja yang berhak menentukan siapa penghuni2nya. Sesungguhnya Allah berpegang pada janji, akan menilai setiap perbuatan even sebesar zarah akan dihisab (AlQuran). Kita manusia tidak pernah sunyi dari membuat kesilapan samada secara sengaja atau tidak sengaja. Anggota kita akan menjadi saksi (AlQuran). Taubat nasuha, insyaAllah diterima Allah, tapi cuma Allah yang mengetahuinya. Diterima or tidak diterima? Bagaimana dengan dosa yang sengaja, terang2 sudah tahu perbuatan itu dosa/salah tapi buat jugak..."takpe, lepas ni aku boleh taubat..aku akan taubat sungguh2..kan Allah Maha Pengampun". Tak malu ke nak jumpa, nak mintak ampun dgn Allah kalau fikir begitu, confident yang mengundang kemurkaan Allah. Dosa lagi besar jika ilmu yang kita tahu tapi tak beramal berbanding dgn orang yang tidak mencari ilmu/tak tahu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun kecuali dosa2 syirik (AlQuran). Dosa sengaja or tidak sengaja yang bukan dosa menyekutukan Allah dengan benda lain, taubat la cepat2, insyaAllah diampunkan. Even keampunan itu hak Allah, tiada siapa mengetahuinya, kita kena sentiasa positif dengan Allah sebab kasih sayang Allah pada kita mendahului kemurkaanNya. Kita ni sebelah kaki dah confirm kat neraka...nak ke syurga cuma harap keajaiban dari RAHMAT ALLAH...Semoga Allah merahmati kita semua...amin..

P/s: Dunia adalah penjara bagi orang mukmin, syurga bagi orang kafir. Ada perkara yang kita boleh buat, dan ada perkara yang kita tak boleh buat. Kita kena sabar, itu cara Allah nak uji keimanan kita. Kita hidup atas bumi Allah wajib ikut peraturan Allah. Janji Allah, tak kan rugi hambaNya yg bersabar...Mudah utk menghuni neraka tapi susah utk menghuni syurga...fikir2kn knape...sbb semua org nk ke syurga, tak nak ke neraka...jadi kena buktikan dgn perbuatan/amalan...

No comments:

Post a Comment