Tergerak hati nak tulis ni sebab tengok Halaqah Sentuhan Kalbu, nak share dengan semua....
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: " Redha Allah bergantung pada redha kedua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."
Riwayat al-Hakim
Sehebat mana pun kedudukan kita, harta yang setinggi gunung sekali pun tidak mampu untuk membeli seorang ibu dan bapa kat atas dunia ni. Apa pun yang kita buat tak akan pernah setanding dengan pengorbanan mereka membesarkan kita dari tapak kaki sebesar dua jari...selagi mereka masih ada di dunia ni, hargai lah...berbakti lah...beri kasih sayang dan perhatian pada mereka...telefon la tanya khabar mereka..balik kampung jenguk mereka...jika mereka sudah pergi selama-lamanya, secanggih mana pun telefon tak kan boleh digunakan nak tanya khabar mereka lagi...
Kata bonda saya semasa saya kecil2 dulu "takde orang yang menyesal dahulu, semua menyesal kemudian". bila dah terlambat, takde guna lagi...hilang mereka buat selama-lamanya, orang yang doanya makbul untuk kita. jika sudah kehilangan mereka, kita cuma boleh berdoa dan jadilah anak yang soleh/solehah...itulah cara untuk berbakti pada mereka bila mereka dah meninggal dunia...salah satu amal kebajikan yang takkan putus walaupun dah meninggal dunia ialah doa anak yang soleh/solehah. janganlah kita yang menyebabkan ibu bapa kita terseksa di sana...kat dunia mereka dah bersusah payah bergadai nyawa untuk kita, kat akhirat kita juga yang menyebabkan dia terseksa...kita sangat2 tak berguna kalau buat macam tu...
derhaka pada ibu bapa, Allah akan balas kat dunia lagi, hidup tak akan pernah tenang..kat akhirat tak payah nak citer la, lagi dasyat...sama2 kita muhasabah diri...ambil peluang yang ada ni, kita berubah...doa ibu bapa adalah doa yang paling mustajab, minta mereka doakan kita...dan kita doakan mereka...InsyaAllah hidup kita Allah akan permudahkan di dunia dan akhirat...amin...
No comments:
Post a Comment