20 soalan Rasulullah S.A.W Kepada Iblis dan dijawab oleh Iblis sebagai peringatan kepada kita semua. Moga kita terlindung dari kejahatan dan tipu daya iblis. kongsikan bersama-sama rakan anda.
Soalan Nabi yang Pertama - "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"
Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah!Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"
Soalan Nabi ke 2 - "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"
Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglaah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."
Soalan Nabi ke 3 - "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"
Jawab Iblis - "Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT. hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah.
Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kpd hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri(Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertanbah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."
Soalan Nabi ke 4 - "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"
Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"
Soalan Nabi ke 5 - "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"
Soalan Nabi ke 6 - "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?"
Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."
Soalan Nabi ke 7 - "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"
Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"
Soalan Nabi ke 8 - "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."
Soalan Nabi ke 9 - "Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"
Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar- besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'. Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kpdnya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid" Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menunduk kan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.
Soalan Nabi ke 10 - "Bagaimana tipudaya engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat" Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kpd dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur"
Soalan Nabi ke 11 - "Siapa yang serupa dengan engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"
Soalan Nabi ke 12 - " Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"
Soalan Nabi ke 13 - "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"
Soalan Nabi ke 14 - "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Inisemua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."
Soalan Nabi ke 15 - "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kpd Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."
Soalan Nabi ke 16 - "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"
Soalan Nabi ke 17 - "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"
Soalan Nabi ke 18 - "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yg banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"
Soalan Nabi ke 19 - "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"
Soalan Nabi ke 20 - "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"
Jawab iblis -"Orang yang taat kpd kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup"
Monday, 27 June 2011
Petua-Petua Daripada Imam Asy- Shafi`e.
Di Senaraikan dii sini petua yang di amalkan oleh Imam Asy- Shafi`e moga dapat kita amalkan bersama.
4 perkara menguatkan badan iaitu:
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas
4 perkara melemahkan badan iaitu:
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas dan gelisah
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam
4 perkara menajamkan mata iaitu:
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih
4 perkara merosakkan mata iaitu:
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat
4 perkara menajamkan fikiran iaitu:
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama
4 Jenis Cara Tidur dan maksudnya iaitu :
1. TIDUR PARA NABI >> Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA dan AHLI IBADAH >>; Miring ke sebelah kanan untuk
memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA>> Miring ke sebelah kiri untuk
mencernakan makanan yg banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN>> Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Wallahualam.

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT
Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu:
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya
Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.
Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."
Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Te rkulai Lemah
Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"
Ketika Mayat Siap Dikafan...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan
Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."
Ketika Mayat Diusung.... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."
Ketika Mayat Siap Dishalatkan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."
Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat....terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."
Ketika SemuaManusia Meninggalkannya Sendirian....Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.....
Kini Kau Tinggal Seorang Diri
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku
Hari Ini,....
Akan Kutunjukan Kepadamu
Kasih Sayang-Ku
Yang Akan Takjub Seisi Alam
Aku Akan Menyayangimu
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang
Kembalilah Kepada Tuhanmu
Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"

10 Laluan Syaitan Ke Dalam Manusia | Sifat Manusia Dambaan Syaitan.
Renungilah pesanan seorang hamba soleh yang dipetik daripada buku "Apa ertinya saya menganut agama Islam " hasil tulisan Fathi Yakan, yang membicarakan tentang 10 pintu yang patut dijaga dari gangguan syaitan laknatullah:
Beliau berkata: " kurenung dan kufikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba kudapati syaitan
memasukinya dari 10 pintu:
Pertama :
TAMAK DAN BURUK SANGKA
lantas aku mengahadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.
Kedua :
CINTAKAN HIDUP DAN PANJANG ANGAN-ANGAN
lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.
Ketiga :
CINTAKAN NIKMAT
lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa ikmat itu akan
hilang dan meyakini balasan buruk.
Keempat :
KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI
lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat pemberiaan Allah
dan takutkan balasan seksa.
Kelima :
MEMANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA
lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.
Keenam :
HASAD DENGKI
lantas aku menghadapinya dengan sifat qana'ah ( puas hati dengan apa yang ada
setelah berusaha) dan redha dengan pemberian Allah.
Ketujuh :
RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN MANUSIA
lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.
Kelapan :
BAKHIL
lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk akan binasa sedangkan yang ada di sisi Allahlah yang kekal selamanya.
Kesembilan :
TAKABBUR
lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu'.
Kesepuluh :
TAMAK
lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.
MUDAH-MUDAHAN KITA SENTIASA MENDAPAT PERLINDUNGAN DARI-NYA UNTUK MENANGKIS SEGALA TIPU DAYA
MUSUH-MUSUH-NYA, INSYAALLAH................

Keajaiban Masa Sujud semasa Solat | Kehebatan Sembahyang 5 Waktu.
Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam...
"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam?
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
Tidak menunaikan sembahyang , maka otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

7 Sebab Pahala DiTolak Allah
Pada suatu hari seorang lelaki bertanya kepada Muaz bin Jabal r.a tentang hadith yang paling menyentuh hati yang pernah didengar sendiri dari Rasulullah saw, lalu beliau terdiam dan menangis agak lama kemudian menceritakan pesanan baginda saw kepada beliau, bahawa sesungguhnya setiap tingkat langit itu ada malaikat penjaga dan masing-masing ditugaskan menghalang pahala 'amal 'ibadat seseorang yang mempunyai sifat tertentu dari melepasinya untuk sampai kepada Allah swt.
1. Langit pertama
- Pengumpat - seorang yang suka mengumpat keji.
2. Langit kedua
- Bermegah dengan Kebendaan - pangkat..jawatan...wang..nama....ilmu dan sebagainya.
3. Langit ketiga
- Takbur - seorang yang sombong...bongkak dan merendahkan orang lain
4. Langit keempat
- Ujub - seorang yang merasa bangga dengan kehebatan pada diri sendiri
5. Langit kelima
- Hasad dengki - seorang yang hasad dengki... cemburu kejayaan orang iri hati dan sebagainya.
6. Langit keenam
- Tidak bersifat Rahim - seorang yang tidak bersifat pengasih penyayang kepada semua makhluk Allah.
7. Langit ketujuh
- Riak - seorang yang suka memperlihatkan amal..menunjuk-nunjuk serta mencari pujian manusia.
Setelah pahala amalan seseorang dapat melepasi semua halangan di tujuh lapisan langit tersebut, maka pahala amalan seseorang itu akan dibawa menghadap Allah swt.
Lantas Allah swt berfirman kepada malaikat:
"Kamu semua penjaga amalan hamba-hambaku sedangkan aku pengawas dirimu. Sebenarnya amalan dia bukan untuk mendapat keredhaanku semata-mata, maka aku laknatkan ke atasnya".
Justeru semua malaikat pun turut melaknat termasuk tujuh petala langit dan bumi serta segala isinya.
Pengajaran
1. Kesemua 7 sifat di atas mudah menghinggapi diri semua manusia
dan amat susah untuk dibuang, kita hendaklah sentiasa mengawasi diri dan hati agar tidak merosakkan pahala amalan kita dengan cara sentiasa mencari ilmu dan beristighfar di samping berdoa.
2. Renungkan selama ini setakat langit ke berapakah atau banyak
manakah pahala amalan kita yang telah berjaya melepasi pintu-pintu langit dan yangtelah berjaya dibawa menghadap Allah swt.
3. Jika seorang yang bergelar sahabat besar Rasulullah saw yang bernama Muaz bin Jabal r.a pun berasa gerun dan takut lalu menangis bila
mengenangkan pesanan Nabi saw ini di manakah dan bagaimanakah kedudukan kita di hadapan Allah swt ?.
4. Janganlah kita mensia-siakan pahala amalan yang kita lakukan dengan
sifat-sifat negatif di atas.
5. Masih belum terlambat untuk kita memperbaiki diri dan amalan kita
sebelum tiba masanya kita dipanggil untuk mengadap Allah swt.
6. Sama ada susah atau senang, berat atau ringan, suka atau tidak
itulah pra syarat yang mesti dipenuhi untuk melayakkan kita bertemu dengan Allah swt namun ia tidak mustahil untuk dicapai asalkan kita dapat mengikuti jalan-jalan yang telah dilalui oleh para kekasihnya.
7. Alangkah indahnya dunia ini sekiranya semua manusia dapat menghayati dan menghindari sifat-sifat negatif di atas demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
YA ALLAH JANGANLAH SIA-SIAKAN AMAL KEBAJIKAN KAMI YANG SEDIKIT INI....AMPUNKANLAH SEGALA DOSA KAMI.... JIKA ENGKAU TIDAK MERAHMATI KAMI NESCAYA KAMI TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG RUGI.

Wednesday, 22 June 2011
8 Sebab Doa Tidak Makbulkan oleh Allah SWT
Ibrahim Adham berkata :
1- Kamu kenal Allah SWT tetapi kamu tidak patuh perintahNya.
2- Kamu kaji Al-Quran tetapi kamu tidak patuh kepada pengajarannya.
3- Kamu terima kurnia Allah SWT tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.
4- Kamu tidak bertindak untuk menghindarkan Neraka dan masuk Syurga.
5- Kamu tahu syaitan itu musuhmu tetapi tidak lawan dia.
6- Kamu tahu mati itu pasti sampai tetapi kamu tidak bersedia menghadapinya.
7- Kamu hantar ibu bapa mu ke kubur tetapi kamu tidak ambil pengajaran daripadanya kerana kamu anggap kamu tidak akan mati.
8- Kamu tahu kamu memiliki banyak masalah tetapi kamu masih mencari kesalahan orang lain.
Kitab Tazkirah Awliya’ . m/s : 49 & 50.

Tuesday, 21 June 2011
AMALAN PEMAKANAN IKUT SUNNAH NABI
Tertarik dengan kenyataan Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa "perut adalah punca penyakit". Bagi orang Islam, Nabi SAW adalah contoh terbaik, setiap perbuatan Nabi SAW mempunyai sebab tersendiri, dilakukan atas jagaan ilmu Maha Mengetahui.
Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.
1. Jangan Makan/Minum
Susu bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah
Ikan bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Telur, Daun salad
2. Cara Makan
Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.
Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti). Hanya makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri.
Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor)
Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda kolesterol dalam badan.
Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia.
Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan.
Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.
Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan. Kebanyakan efek negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.
3. Cara Minum
Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk.
Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan.
Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat.
4. Lain-lain Sunnah Amalan Pemakanan Sihat
Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu.
Makan makanan "whole foods" (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan "whole foods".
Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik.
Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang
membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang
udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir
keruang tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli
saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)
Wassalam…
Sama-samalah kita mengamalkannya…….
WallahuA’lam
p/s: 8 makanan Sunnah yang baik untuk kesihatan: KISMIS, KURMA MADU, KURMA AJWAH, MADU, BUAH TIIN, MINYAK ZAITUN, ZA’FARAN, HABBATUS SAUDA’.
Monday, 20 June 2011
Hanya Rahmat Allah
Hidup kita ini cuma berharap mendapat rahmat Allah. Dengan segala nikmatNya yang tidak terhitung...dengan amal ibadat yang banyak sekali pun belum cukup sebagai tanda berterima kasih kita pada Allah, belum tentu akhirnya ke syurga...Syurga itu hak Allah, Dia sahaja yang berhak menentukan siapa penghuni2nya. Sesungguhnya Allah berpegang pada janji, akan menilai setiap perbuatan even sebesar zarah akan dihisab (AlQuran). Kita manusia tidak pernah sunyi dari membuat kesilapan samada secara sengaja atau tidak sengaja. Anggota kita akan menjadi saksi (AlQuran). Taubat nasuha, insyaAllah diterima Allah, tapi cuma Allah yang mengetahuinya. Diterima or tidak diterima? Bagaimana dengan dosa yang sengaja, terang2 sudah tahu perbuatan itu dosa/salah tapi buat jugak..."takpe, lepas ni aku boleh taubat..aku akan taubat sungguh2..kan Allah Maha Pengampun". Tak malu ke nak jumpa, nak mintak ampun dgn Allah kalau fikir begitu, confident yang mengundang kemurkaan Allah. Dosa lagi besar jika ilmu yang kita tahu tapi tak beramal berbanding dgn orang yang tidak mencari ilmu/tak tahu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun kecuali dosa2 syirik (AlQuran). Dosa sengaja or tidak sengaja yang bukan dosa menyekutukan Allah dengan benda lain, taubat la cepat2, insyaAllah diampunkan. Even keampunan itu hak Allah, tiada siapa mengetahuinya, kita kena sentiasa positif dengan Allah sebab kasih sayang Allah pada kita mendahului kemurkaanNya. Kita ni sebelah kaki dah confirm kat neraka...nak ke syurga cuma harap keajaiban dari RAHMAT ALLAH...Semoga Allah merahmati kita semua...amin..
P/s: Dunia adalah penjara bagi orang mukmin, syurga bagi orang kafir. Ada perkara yang kita boleh buat, dan ada perkara yang kita tak boleh buat. Kita kena sabar, itu cara Allah nak uji keimanan kita. Kita hidup atas bumi Allah wajib ikut peraturan Allah. Janji Allah, tak kan rugi hambaNya yg bersabar...Mudah utk menghuni neraka tapi susah utk menghuni syurga...fikir2kn knape...sbb semua org nk ke syurga, tak nak ke neraka...jadi kena buktikan dgn perbuatan/amalan...

Wednesday, 15 June 2011
Jangan Mengeluh
Kita selalu Bertanya………………..dan Al-Quran sudah menjawabnya…………….
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?
- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12
~Syndromania~
Sunday, 12 June 2011
Anti Kelantan
11jun Final Piala FA TRG vs KELANTAN...dan TRG menang 2-1..
Why ada yang anti kelantan?
Bila bersembang dengan sorang mber saya ni, orang pure trg, anak jati trg yang anti Kelantan...dia cerita pengalaman dia dengan orang kelantan yang kuat semangat asabiyah...pada saya, bukan kelantan jer...negeri lain pun sama cuma kelantan lebih kuat sikit...ukhwah dan semangat kuat...tapi why nak blame/judge orang base on negeri kelahiran?
Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga...padahal, dalam penjara ada wakil dari setiap negeri...setiap negeri ada balai polis, kes jenayah ada di mana2...jika hidup ingat MATI, ingat ALLAH, orang negeri mana pun akan jadi baik tapi jika lupa, jahat la dia...boleh tak betulkan mind set sape2 yang judge orang ikut negeri....jangan la judge orang ikut negeri lagi...tapi jugde la orang pada hati dia...
Saya ada pengalaman berkawan dengan orang Kelantan, ada yang baik dan ada yang tak baik...sama juga dengan pengalaman berkawan dengan orang Trg, orang N9...dari pengalaman ni la buat saya tidak menilai orang dari negeri kelahiran dia...kawan saya, orang kelantan dan orang trg, berhutang (ratus) tapi tak bayar sampai sekarang...bila nampak saya, mengelak...kawan saya orang kelantan, sanggup ketuk pintu setiap bilik tengah2 malam masa kat hostel, carikan panadol untuk saya, masa tu saya demam teruk..kawan saya orang N9, sanggup keluar awal masa exam, dan dia miss 2 exam papers sebab hantar saya ke airport senai, masa tu kakak ipar saya meninggal...susah payah diorang saya tak tahu...tapi lama lepas tu ada incident, saya dapat tahu...Allah nak tunjuk kan..

Monday, 6 June 2011
Pesan Saidina Ali r.a
"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal"
"Segerakan 3 perkara:
1) apabila:azan berkumandang, maka segerakan solat...
2) apabila ada anak Adam yang meninggal dunia, maka segerakan pengkebumiannya.
3) apabila lelaki dan perempuan suka sama suka, maka segera lah berkahwin."

Thursday, 2 June 2011
Di hujung usia
Dalam doa saya, saya mohon pada Allah agar Allah matikan saya jika hidup saya tidak memberi makna/sumbangan pada orang2 di sekeliling saya, jika saya tidak mampu lagi beramal untukNya...kalau dah tua nanti, saya dah tak mampu buat apa2, dah nyanyuk...cuma akan menyusahkan dan jadi beban pada orang lain...saya berharap sepanjang hidup saya, saya boleh memberi....memberi pada yang perlu di luar sana dengan izinNya dengan kemampuan yang saya ada...Kata imam Ghazali dalam buku Penyucian Jiwa, manusia ada dua jenis...jenis pertama, orang yang cuma menerima dan jenis kedua, orang yang cuma memberi, dan jadilah jenis yang kedua kerana itu yang lebih baik Ada juga orang cakap, hidup ni kena ada memberi dan menerima...give and take...cuma jangan kita biasakan menerima sahaja, nanti lama-lama kita akan jadi orang yang menyusahkan orang lain...
Setahu saya, kita tak boleh berdoa minta mati, berdosa..sebab tu tanda kita dah putus asa dengan rahmat Allah..
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
~Actually, saya baru balik dari tahlil...hari ni saya baca tahlil untuk orang, satu hari akan tiba, orang baca tahlil untuk saya pulak... ~
Hari ni dah 1 Rejab...cepat sungguh masa berlalu, semakin hari semakin dekat dengan kubur kan..
Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah, dan Ramadhan bulan kita...
Hope sempat merasa Ramadhan tahun ni..
Setahu saya, kita tak boleh berdoa minta mati, berdosa..sebab tu tanda kita dah putus asa dengan rahmat Allah..
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Katakanlah, wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas (melakukan dosa), janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia (Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).(al-Zumar: 53)Saya cuma berharap wujudnya saya, selagi jasad ni bernafas tidak akan menjadi beban pada sesiapa...saya juga tahu, Allah jadikan setiap sesuatu tidak dengan sia-sia, semuanya memberi makna...setiap gerak kaki ulat gonggok pun berzikir pada Allah. Sesungguhya, Allah sebaik-baik pencipta...
~Actually, saya baru balik dari tahlil...hari ni saya baca tahlil untuk orang, satu hari akan tiba, orang baca tahlil untuk saya pulak... ~
Hari ni dah 1 Rejab...cepat sungguh masa berlalu, semakin hari semakin dekat dengan kubur kan..
Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah, dan Ramadhan bulan kita...
Hope sempat merasa Ramadhan tahun ni..
Kelebihan Disyukuri Kelemahan Diperbaiki
Siapa yang mencari kesempurnaan tidak akan menemuinya...kerana yang sempurna cuma Allah Maha Esa ...
Kita kena menerima seadanya, kelebihan disyukuri dan kelemahan diperbaiki/diredhai....
Bagaimana? Buka hati dan bagi peluang untuk orang lain dan kita sama2 perbaiki untuk menjadi lebih baik...
Kita kena menerima seadanya, kelebihan disyukuri dan kelemahan diperbaiki/diredhai....
Bagaimana? Buka hati dan bagi peluang untuk orang lain dan kita sama2 perbaiki untuk menjadi lebih baik...
Aku lebih mencintai makhlukNya daripada Penciptanya
‘Ya Allah, izinkan aku untuk mencintai-Mu melebihi segala yang ada di dunia ini. Izinkan aku mencintai orang yang mencintai-Mu. Izinkan aku mencintai segala perkara yang dapat menjuruskan aku untuk mencintai-Mu… Kaifa ad’uka wa ana ana, ya Wadud. Wa kaifa aqta’i raja’i minka wa Anta Anta ya Rahman. Amin Ya Rabb’
"Kenapa hati terasa kecewa/sedih/sakit yang amat sangat2 bila dapat tahu orang yang kita cinta/sayang tidak memilih kita untuk sehidup semati bersama? satu perasaan yang sangat terasa dalam dada, yang sangat susah untuk dijelaskan dengan kata2...jantung tiba2 berdenyut abnormal...sakit yang tak boleh nak cakap kat sape2..." maybe ni luahan orang yang kecewa dalam satu perhubungan.
Tapi,
Pernah ke kita rasa yang sama dalam hubungan kita dengan Allah?
Kita tak pernah kecewa bila kita bukan yang Allah cinta...
Kita tak pernah cintakan Allah sepenuh hati...
Apa bukti cinta sepenuh hati kita pada Allah?
Yang mana kita patut lebih cinta/sayang? makhlukNya or Pencipta ?
Ya Allah, jadikan lah cinta aku padaMu seteguh cinta Rabiatul Adawiyah...
Tabahkan hati seperti Maryam ibunya Nabi Isa a.s.
Cekalkan diri seperti Siti Khadijah r.a.
Bersihkan jiwa sebersih jiwa Siti Aisyah r.a.
Dan kuatkan iman seperti RABIATUL ADAWIYAH....
Cekalkan diri seperti Siti Khadijah r.a.
Bersihkan jiwa sebersih jiwa Siti Aisyah r.a.
Dan kuatkan iman seperti RABIATUL ADAWIYAH....
Apa sahaja kat atas dunia ni cuma perhiasaan, semuanya bersifat sementara....ayah kesayangan saya...satu sayap untuk saya terus hidup telah tiada....tapi saya masih kuat dengan satu sayap, bondaku...macam mana sayang yang amat antara kami di dunia ni, di akhirat nanti kita dengan hal masing-masing...saya tak boleh tolong ayah, ayah tak boleh tolong saya....itulah yang selalu bonda ingatkan....yang boleh tolong cuma amalan pada Allah semasa hayat di dunia....
Ya Allah, Kau sedarkan aku....Kau tunjukkan jalan untuk aku mendekatiMu...terima kasih ya Allah...aku bersyukur, aku masih belum terlambat...Dan ya Allah janganlah Kau jauhi aku setelah Kau sedarkan aku. Jadikan setiap denyut jantungku hanya mengingatiMu, berzikir padaMu...amin..
Wednesday, 1 June 2011
Tafsir Al Quran
Saya nak share tafsir Al-Quran yang mudah untuk kita guna sebagai rujukan dalam kehidupan harian tapi tafsir ni dalam format file MS Excel...how nak upload dalam blog ni?...saya budak baru belajar tulis blog..huhu...pls ajar saya...tq..why saya cakap tafsir ni mudah? sbb ayat2 dalam Al-Quran dah dibuat classification mengikut bab dalam kehidupan kita, iaitu:
1) Iman
2) Ilmu
3) Bangsa Terdahulu
4) Sejarah
5) Al-Quran
6) Akhlaq dan adab
7) Ibadah
8) Makanan dan minuman
9) Pakaian dan Perhiasan
10) Hukum privat
11) Muamalat
12) Peradilan dan hakim
13) Hukum Jenayah
14) Jihad
Contohnya, saya nak tengok mengenai anak derhaka...saya perlu cari bab akhlaq dan adab...kat dalam tu akan ada topik derhaka dengan ibu bapa. akan disenaraikan surah dan ayat yang boleh dirujuk, untuk contoh ini terdapat 3 surah yang menceritakan mengenai anak derhaka iaitu :Surah 6: 151, surah 17: 23, dan surah 46: 17
Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu, yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar". Demikian itu yang diperintahkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahami (nya). (Surah 6 Al- An'aam: 151)
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (Surah 17 Al-Israa': 23)
Dan orang yang berkata kepada dua orang ibu bapaknya: "Cis bagi kamu keduanya, apakah kamu keduanya memperingatkan kepadaku bahwa aku akan dibangkitkan, padahal sungguh telah berlalu beberapa umat sebelumku? lalu kedua ibu bapaknya itu memohon pertolongan kepada Allah seraya mengatakan, "Celaka kamu, berimanlah! Sesungguhnya janji Allah adalah benar". Lalu dia berkata: "Ini tidak lain hanyalah dongengan orang-orang yang dahulu belaka". (Surah 46 Al-Ahqaaf: 17)
2 wali keramat bg seorang anak
Tergerak hati nak tulis ni sebab tengok Halaqah Sentuhan Kalbu, nak share dengan semua....
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: " Redha Allah bergantung pada redha kedua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."
Riwayat al-Hakim
Sehebat mana pun kedudukan kita, harta yang setinggi gunung sekali pun tidak mampu untuk membeli seorang ibu dan bapa kat atas dunia ni. Apa pun yang kita buat tak akan pernah setanding dengan pengorbanan mereka membesarkan kita dari tapak kaki sebesar dua jari...selagi mereka masih ada di dunia ni, hargai lah...berbakti lah...beri kasih sayang dan perhatian pada mereka...telefon la tanya khabar mereka..balik kampung jenguk mereka...jika mereka sudah pergi selama-lamanya, secanggih mana pun telefon tak kan boleh digunakan nak tanya khabar mereka lagi...
Kata bonda saya semasa saya kecil2 dulu "takde orang yang menyesal dahulu, semua menyesal kemudian". bila dah terlambat, takde guna lagi...hilang mereka buat selama-lamanya, orang yang doanya makbul untuk kita. jika sudah kehilangan mereka, kita cuma boleh berdoa dan jadilah anak yang soleh/solehah...itulah cara untuk berbakti pada mereka bila mereka dah meninggal dunia...salah satu amal kebajikan yang takkan putus walaupun dah meninggal dunia ialah doa anak yang soleh/solehah. janganlah kita yang menyebabkan ibu bapa kita terseksa di sana...kat dunia mereka dah bersusah payah bergadai nyawa untuk kita, kat akhirat kita juga yang menyebabkan dia terseksa...kita sangat2 tak berguna kalau buat macam tu...
derhaka pada ibu bapa, Allah akan balas kat dunia lagi, hidup tak akan pernah tenang..kat akhirat tak payah nak citer la, lagi dasyat...sama2 kita muhasabah diri...ambil peluang yang ada ni, kita berubah...doa ibu bapa adalah doa yang paling mustajab, minta mereka doakan kita...dan kita doakan mereka...InsyaAllah hidup kita Allah akan permudahkan di dunia dan akhirat...amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)