Sunday, 15 May 2011

Fikir2kan bersama

1) Ulama-ulama terdahulu sangat mengambil berat soal SUMBER REZEKI, kerana itu sangat menentukan corak KEPERIBADIAN seseorang....jadi berhati-hatilah JANGAN KERANA REZEKI, MASUK NERAKA!!!

2) Jagalah HATI. Carilah hatimu sewaktu membaca AL-QURAN. Jika kamu tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan SOLAT. Jika kamu tidak temui, carilah hatimu ketika duduk TAFAKUR MENGINGATI MATI, Jika kamu tidak temui juga. BERDOA lah kepada Allah, pinta HATI yang baru...

3) Masa diukur bukan pada nilai kuantitinya tetapi kualitinya. Bukan lama atau singkatnya, panjang atau pendeknya tetapi bergantung kepada bagaimana ia diuruskan dan untuk apa ia digunakan.

4) Mencari BAHAGIA... Keinginan manusia untuk BAHAGIA sering tidak kesampaian disebabkan ramai yang tidak tahu apa MAKNA BAHAGIA sebenar dan cara untuk mendapatkannya.

5) Kita sering meminta kepadaNya, tetapi apabila telah ditunjukkan, kita sendiri yang mensia-siakannya. Jawapan Allah tidak kita dengar. Jalan yang ditunjukiNya tidak kita ikut. Teladan yang ditetapkan kita pinggirkan.

6) INGATLAH! MATI ITU DATANG TIBA-TIBA. Pastikah bila kita akan mati? Di mana? Bagaimana bentuk kematian kita? Berapa ramai orang yang mati oleh kemalangan, pembunuhan dan kematian mengejut, tanpa sebarang amaran awal...

7) Celik MATA HATI. Pandangan MATA sifatnya MENIPU. Pandangan AKAL (fikiran) pula boleh KELIRU. Pandangan NAFSU selalu MELULU. Pandangan yang paling tepat dan hakiki ialah pandangan MATA HATI jika hatinya bersih.


8) Seruan "Marilah SOLAT" datang seiringan dengan seruan "Marilah menuju KEJAYAAN". Soalnya sudahkah kita berjaya? Berkesankah SOLAT kita?


TBC
11

No comments:

Post a Comment